|
|
|
happy birthday to me Ini kuih sago, ntah apa nama..terharu bila Amit Biah buat kuih ni untuk besday aku. sungguh.. elok pula jadinya, macam sayang nak potong kan.. dan ini adalah one of my fav food juga ![]() ![]() ![]() sago ni makan dengan santan dan air gulanau/gula melaka. Memang best, especially time buka puasa. Biasanya sago ni letak dalam gelas atau mangku comel dan sejukkan dalam peti sejuk, lepas tu curah dengan santan dan air gula. Terimakasih mimit :D
rindu ye... rindu sesangat untuk blogging, bercerita pada dunia tentang hati dan perasaan, tentang entah apa-apa, tentang tiada apa-apa... rindu... serindu-rindunya.... selamat tinggal 2009, selamat datang 2010
hmm dah lama tak update blog ni. ye la... dah tak banyak masa nak bersenda gurau n bermain-main. tadi ada app dgn gno, not my regular, ekceli aku nak tukar dr. tp nmpk gaya aku stuck ngan dr tu la... masa tunggu giliran tu kan, ada sorang kakak tu tengah menjayit. so aku yang kepoh ni (hikhikhik) curious la kan, ye lah tentu ada benda yang lebih interesting dari menyembat kan. kak... kakak jayit apa tuh? cross stitch, buat alas meja mak oii... besarnya dia nyer projek, tapi dia pakai satu kaler jer, motif tenunan, count tu dia buat seniri guna computer. hehe canggeh kakak tuh.. kakak buat ni dah dua taon, tapi banyak break la, ni hobby jer, selalin tu buat crochet. uwaaaaaaa kakak ni kan best buat geng craft nih boleh tengok kak? nah, dia bagi tengok kain aida tu, singkap kat belakang lagi. hehehe I'm proud to show it off uwaaaa nanges lah tengok belakang aida tu, neat habes. kakak tu gelak-gelak, tau la bila orang sibuk tengok belakang tu mesti pro stitcher, tapi saya tak pro kak, saya buat ikut suka jer kehkehkeh kakak tu kerja part time buat songkok, tambah time dekat raya ni. full time keje kat bank kakak dulu masa keje gomen 8 taon, macam-macam boleh buat. whoa... kak, saya keje gomen gak, keje opis pon wat kat umah... byk lagi nak chat, tapi kakak tu punya giliran dah sampai, so aku pon dok dendiam layan andrea hirata's edensor...
Besday
ez cookie sepanjang julai ni, hampir tiap hari makan kek. Banyak sangat manusia born in july masa naik penimbang berat yang boleh kira fat n water tu aku memang tegamam, tengok fat, alamak dah tahap bahaya kak..... Erk, tengok tu dek, masih ada satu petak lagi kosong, kira ok ler tuh hehehehe so sebagai ucapan tahniah untuk diri aku dan meraikan keberuntunganku, aku nak share recipe yang paling mudah dalam dunia, aku yang buduh nih pon buleh buat, orang poteh kata foolproof. bahan-bahannya: 1 biji telur cara buat: 1. Pukul mentega + gula sampai kembang (kalau tak kembang pun jadi juga) 2. pukul telur dalam mangkuk lain bersama setitik-dua esen vanilla (tak de tak pe, nak ilangkan hanyir telur jer nih) 3. masukkan telur dalam mangkuk mentega tadi dan pukul lagi sampai rata, lepas tu masukkan tepung sikit-sikit, dah rata baru masukkan coklat chips n nuts. 4. panaskan ketuhar 180C 5. sediakan talam pembakar, ambil sudu kecil, sudu adunan biskut dan jatuhkan (drop) atas talam, susun kira-kira 2 inci apart (hehehe I sound stupid when I speak malay 6. Bila biskut nampak perang, cucuk tengah-tengah dengan lidik atau toothpick, kalau tak melekat dah masak le tu, kalau nak crispy biar lama-lama sket, tapi jangan sampai hangus. 7. angkat dari oven, anginkan kejap baru ngap. Biasanya bahagian luar crispy dan bahagian dalam lembut macam kek, tapi kalau dah sejuk simpan dalam balang ke, tupperware ke, dah tak lembut lagi lah, rasa pon macam beli butter cookie kat kedai jer masa menyediakan dan memasak, kurang dari 30 minit. sekian. wallahua'lam
cuppie cake da kLavu boringnya cuti sekolah tak buat apa, 'adik nak buat kek?' aku, adik dan my niece syamina pon cubalah skill ala-ala anime Ja-Pan nak buat kek cawan yang boleh hantar pemakannya ke syurga etcetera etcetera so bermulalah cerita kek cawan da kLavu.... mula-mula cari resepi yang mudah-mudah, huwaaaaaaa Bahan-bahannya; 4 biji telur cara membuat; 1. kalau nak kek gebu kena pukul telur putih dengan gula sampai kembang, ok set. tiba-tiba tak sampai seminit mixer aku cuma tinggal sebelah kaki, awwww.. 2. pukul mentega sampai kembang, masukkan kuning telur, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Haaaa!!! pesal jadi doh biskut nih... baru satu cawan tepung masuk. Susu segar lak tak de, so aku bantai masukkan susu pekat manis entah berapa sudu, masukkan air, ha... dah nampak macam batter pancake. 3. campur adunan mentega dengan adunan telur putih. eeeeee nampak macam tak cukup tepung jer. Aku pon ambil tepung lagi satu cawan, bancuh dengan air, macam nak buat cucur pisang, lepas tu campur dengan adunan yang dah siap. 4. macam tak cantik jer, aku masukkan entah berapa sudu milo dan gaul sampai sebati. aku macam tak sedap ati jer tengok plastik laddle ku yang sumbing-sumbing, sah... dah masuk dalam adunan, nak buang sayang gak, barang masakan semua dah naik harga, aku pon masih belum abis rasa tekezut, mentega Lurpak dari $3 naik jadi $5.30. tak pe... amek penapis, tapis. Anak-anak, nampak gayanyer kek ni gerenti 80% tak menjadi. 5. masukkan dalam cawan, setengah jer, kut dia naik, kang melimpah lak. taburkan campuran almond, sunflower seed, raisins, cokelat. bakar 15 minit atau hingga masak. 6. dingdong, dah masak... eh menjadi. memang tak sangka. tapi taklah naik sangar, cuma naik 1/4 jer. masak tak sampai setengah jam, makan lagi cepat, tengah panas memang sedap hehehe cubalah Pesanan penaja: AMARAN, plastik tak boleh dimakan, jangan campur plastik dengan sengaja. Sakit pewot tanggung seniri.
untuk pengetahuan, semua pemakan kek ini masih idup hingga saat entry ini ditaip dan tidak mengalami gangguan sakit pewot dan yang wsewaktu dengannya.
email Take a break and just for a laugh
Subject: Peanuts
May Ramai rupanya ahli keluarga dan suku sakat kLavu born in May, May juga ada 2 tarikh penting dalam hidupku dan 1 sad day MAY: 1 Amy 47, Adriana 4 2 3 Humaydi 11 4 Safi 9 5 6 Azmina 13, Babah Azmina 38 7 Salleh 28(?) 8 Nisa 23 (?) 9 10 Nurja 13 11 12 13 14 15 16 17 Our Annivesary (Me n My bro) 18 19 20 Anniversary bapa n babu 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Nini berpulang kerahmatullah 31 anniversarry ABDB Ramai lagi yang ku kenal lahir dalam bulan ni, nanti aku semak balik :D
siaran tertunggak
buku memperkaya
|